Saturday, December 28, 2013

Home Sweet Sweet Home!



Melayan perasaan.
Hamboii~ ehee.



berfikir dan terus berfikir.
tersedar, maseh banyak benda yg tak diselesaikan.
Benar, kata imam Hassan al-Banna “tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yg kita ada”.
Tanggungjawab apa? Dan siapa kata, manusia itu tidak punya satu pun tanggungjawab..?
Dia boleh goyang kaki sewenang-wenangnya. Err~
Yakah? Benar benar yakin?

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(surah Al-Baqarah : 30)

Sekian muqaddimah. Moga bermanfaat!

Maka dengan ini, telah berakhirlah jaulah si thinker. Yehee~
Dan makanya, sampai la sudah diri ini di rumah setelah berjaulah sana dan sini.
Seronok? Alhamdulillah. Kerana jaulah ini membawa seribu satu makna.
Moga disisiNYA, ia tidak sia-sia.

Kali ini, pulang ke rumah memang dah set dalam minda nak mnfaat masa dgn family ni betul betul.
Memandangkan masa yg ada tidak seperti orang lain.
Ye, cuti 9 hari. Tapi balik rumah 3 hari 2 malam je.
Selebihnya, “Jaulah Mahabbah Rabbani” ^^,      
Jujur, memang sedih. Sebab sikit je masa yg dapat di luangkan dgn family.
Tak banyak benda dapat buat.
Dan lagi2, tak tahu pasni bule balik rumah lagii ke tak. Da senior kan~
Eh tak tak, itu bukan sebab utama sebenarnya. Ia sebab komitmen sbg mahasiswi itu sendiri.
Tanggungjawab sebagai seorang pelajar juga senior.
Haa, nak jugak sebut senior tu. Eheeee~
Rasa bersyukur sebenarnya sebab Allah bagi kita rasa nikmat MASA itu sendiri. Syukur sangat.
Supaya kita rasa bertanggungjawab akan masa yg Dia beri tu.

Main point is, nak habaq mai tentang NIKMAT MASA tuu. Wee~
Sama ada kita menghargainya atau membiarkannya berlalu dan terus berlalu..

Balik balik ja, sembang sembang dgn umi.
Cerita itu dan ini.
Cerita kat umi apa yg dapat sepanjang jaulah. Pergi mana dan ke mana. Dan semualah.
Walaupun, sebelum pergi pun dah habaq da bena.
Dan..umi kasi senyuman paling manis.
Umi, terima kaseh kerana memahami!

HOME SWEET HOME!
Hoyeah~!

Tetibe si adik bongsu baring atas riba.
For the first time setelah sekian lah lamanya tetiba si Haiqal buat cam gituu.
Bukan sebab kami ni gaduh atau apee, tapi sebab adik beradik kami ni mcm takde la istilah ngengada gituu. Errr~
Kalao yg jenis mcm tuu, bagi kat adik num 3. Die sesuke part part camtuu. Ehee, khairul godikk! Tapi die sweeet~
Pastu, macam biasa. Aktiviti biasa.
Iaitu, kemas rumah basuh pinggan sapu sampah basuh baju dan sebagainya.
Eh mestilah diri ini yg mengetuai tugas tugas tersebut. Anak sulung kan~ hehe.
Pastu, tengok tv sesame. Gelak sesame. Menyakat sesame sendiri.
Ok, I locked the memories in my mind and my heart J

Dan, tetibe rasa berat oh hati ini nak pulang.
Macam rindu bena dekat bumi tarbiyyah itu. Macam rindu.
Betul, memang rindu. Rindu si sahabat sahabat. Rindu liqo’ asar. Rindu nak duduk termenung kat tingkap sambil hirup udara segar. Rindu nak pergi masjid. Rindu nak pergi tepi tasik. Ha, kan banyak rindu tu. Wink wink!
Tapi..berat hati nak tinggalkan rumah.
Macam ada yg tak selesai lagi.

Dan seperti awal bicaraku.
Ia tentang tanggungjawab.
Kali ini berkisahkan tanggungjawab seorang anak dan kakak.
Menjadi ‘KHALIFAH’ buat kelompok kecil. Iye, kelompok itu adalah keluarga terchenta.
Taklifat yang disandarkan pada diri yg kerdil ini.

Dan ada juga tanggungjawab di DQ sana yg disandarkan pd bahu hamba yg hina ini.
Ye, tanggungjawab yg perlu diselesaikan sebelum melangkah keluar. Tsk tsk.
Dan semakin sedar dan sedar, hidup ini tidak lari dari yang namanya tanggungjawab. Atau kata nama lain juga, AMANAH.
Amanah dan tanggungjawab saling berkait. Atau boleh juga dikategorikan bagai isi dan kuku berkaitnya.
*kalau salah, minta perbetulkan.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(surah Al-Anfaal : 27)

Konklusinya cuma satu, teruskan melangkah.
Melangkah ke hadapan.
dan terus ke hadapan.
Walau perit, jangan rebah terus!
Walaupun payah, teruslah gagah!



time and distance mean nothing between brothers and sisters,
we are always in each other's heart  ^^,



Alhamdulillah ‘ala kulli hal ^^,


No comments: