Monday, April 14, 2014

Love Letter ..





“Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar.”
(QS. Al Isra : 9)


Alif Ba Ta.

*senyum lebar bila ingat balik*

di rumah, mujahadahnya kuat.
mungkin, suasananya berbeza.

juga itu mungkin, orang selalu cakap.
kenapa ye di sekolah/institusi kita boleh jadi baik.
solat awal, tingkahlaku terjaga dan sebagainya.

kalao di institusi boleh 1 juz dan lebih.
dekat rumah, 1 muka dan lebih.
kenapa?
tiada feel?
atau mungkin biah(suasana) tak sama..
namun, sebenarnya ia alasan.
kerana kemahuan untuk mengatasi 'nafsu' itu tiada.

teringat pada seorang ustaz yang cukup aku kagumi. cukup kagum.
pernah selama sebulan bersama beliau. semasa kelas tasmik tambahan.
menghabiskan 3 juz 6 maqra' sepanjang bersamanya.
tak pernah sekali beliau membuka Al Quran semasa mendengar bacaan kami.
beliau mengetahui setiap huruf huruf. dimanakah kedudukan ayat dan sebagainya.
sungguh bukan aku sahaja yang kagum malah kami anak anak muridnya yang lain ketika itu.
beliau sering menasihati kami, tidak banyak tetapi menyentap.
--tetapkan matlamat 10 tahun atau beberapa tahun yang kamu mahu untuk masyi(cair Al Quran dalam dada).
--satu perkara juga, beliau sering menyentuh soal suasana. betapa beruntungnya kami menghafal dalam suasana Al Quran. kerana beliau tak pernah merasakan suasana seperti kami dulu.

dan baru kini merasainya,
bukan mudah untuk mujahadah.
dulu suasana berbeza, sekarang juga berbeza.
dan semakin mengetahui kenapa ustaz sering menyentuh soal suasana.

pernah cakap pada seseorang,
biah bukan untuk dicari. Tapi untuk dibina.
kalao cari, kita yang penat sebab tak jumpa. Jadi, biar penat dengan usaha kita untuk membina.

nak diceritakan,
sedang mengajar adik mengaji.
dia menyebut satu huruf satu huruf.
sedangkan, kita serba tahu bahawa setiap huruf ada haknya.
panjang dan pendek bacaannya.

bila aku menegur, si adik cakap.
"ini genre rap la, along.."
erkk, begitukah?

nampak tak permainannya?
ummah memerlukan kita.

kita yang memegang title "orang islam".
yang tidak lari dengan kalimah La Ilaha Illa Allah.

Ihdina, ya Qayyum~