Saturday, November 30, 2013

Disebalik Erti Senior~!



[biar gambar ini bercerita..]


semester 6 sudah, means ini adalah semester akhir buat kami..
dan bermakna hanya tinggal lebih kurang 3 bulan berada di bumi tarbiyyah DARUL QURAN.
dulu, rasa sedih waktu senior senior nak keluar. nak grad bagaii.
sebab apa? sebab, kita pula yang akan jadi SENIOR.
dan pada sebab sebab yang laen juga :']

bilamana sebut tentang senior nii, 
ia juga berkait dengan yang namanya QUDWAH HASANAH pada JUNIOR.
qudwah hasanah itu maksudnya contoh yang baik.
rasa tak mampu utk menjadi qudwah hasanah saat diri ini punya 1001 kelemahan.
1001 kejahilan. ye, itu aku.

Allah berfirman maksudnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." 
(al-Ahzab: 21)

sungguh, teringat pada seorang senior yang kupanggil SIFU.
dia selalu pesan, berdikari dan matang lah dalam setiap perkara.
dengan dia jugalah, aku belajar macam macam.
bila fikir fikir balek, benda ni lah buat aku senyum lebar sekarang.
 bukan sebab da matang atau ape kee,
tapi, sebab aku dapat sesuatu dan aku belajar utk itu.

meh nak habaq sikit tentang qudwah hasanah,

satu ikutan yang baik adalah pada nabi kta sendiri, nabi muhammad saw.
pada baginda itu, contoh ikutan yang baik.
baginda lah idola yang sebenar benarnya sebaik idola bagi kita.

Sahabat-sahabat pernah bertanyakan kepada saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah. Dia menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".

qudwah hasanah itu adalah salah satu cara berdakwah.
iaitu DAKWAH BIL HAL.
mana mungkin, orang tidak tertarik dengan islam jika akhlak penganutnya seperti NABI SAW.
ini kita dapat lihat dari sejarah zaman nabi dahulu.
wee~ jom kekajii.

jadi, ayuh bina qudwah sebar dakwah! ^^,
moga Allah redha.




No comments: